Wednesday, October 23, 2013

KATA MAJMUK YANG PERLU DIJARAKKAN

Kertas kerja
Atur cara
kemas kini
Siar raya
Jana kuasa
Guna sama
Kapal selam
Terima kasih
Pilihan raya
Lebuh raya
Pasar raya
Kereta api
Bandar raya
Tengah hari
Fam bangsat

Tuesday, October 22, 2013

SUNNAH NABI SETELAH MAJLIS AKAD NIKAH

SUNNAH NABI SETELAH MAJLIS AKAD NIKAH

Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).

#‎jangan amalkan cium diubun2 isteri selepas majlis akad nikah kerana seperti acara agama lain
-4L5

Senarai Panggilan Hormat & Pantang Larang Pengacara Majlis


Senarai Panggilan Hormat & Pantang Larang Pengacara Majlis

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.

Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - Seri Paduka Baginda

(b) Raja Permaisuri Agong - Seri Paduka Baginda

(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku

(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan

(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku

(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan

(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan

(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan

(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah

(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan

(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu

(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku

(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku

(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan

(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah

(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan

(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan

(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama

(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat

(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia

(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat

(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia

(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat

(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia

(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat

(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia

(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia

(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia

(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia

(l) Dato' dari negeri Johor - Yang Berhormat

(m) Raja/Tengku - Yang Mulia

(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia

(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia

(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia

(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif

(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia

(s) Hakim Besar - Yang Arif

(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia

(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif

(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia

(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia

(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia

 Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri - Yang Berbahagia

(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Pantang Larang

Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

SHARE : SILA SEBARKAN ILMU!

Wednesday, September 11, 2013

Mari Belajar Kacap Terlabik

Mari Belajar Kacap Terlabik

Saya tak tau berapa orang yang tahu cakap terbalik nih. Sebabnya , fenomena ni berlaku zaman zaman orang orang yang tengok Back to the Future semasa berumur lingkungan darjah darjah dan awal tingkatan..ekekeke...

Meh ler saya ajarkan ya..

Mula -mula kita mesti paham suku kata perkataan ya adik-adik. 

Contohnya, MA - KAN . Ada berapa sukukata adik-adik? Ya, betulll...Dua suku kata. 
* Terus feeling-feeling buat cerita win lose or draw versi melayu tuh zaman dulu tuh, yang buat bentuk bulat, " Idea keseluruhan" , lepas tu letak dua jari atas belakang lengan, "dua suku kata". ekeke..

Ok, berbalik kepada suku kata tadi. 

MA - KAN. Cara untuk menterbalikkan perkataan itu yelah, dengan menggantikan huruf pertama suku kata kedua kepada huruf pertama suku kata pertama, vice versa.

Contoh : Cakap terbalik ma-kan ialah : KA - MAN. Lihat ya, adik-adik, dengan magicnya huruf itu telah ditonggang terbalikkan. 

Saya buat ayat penuh yaa, " SA-YA SU-KA MA-KAN NA-SI" Bila diterbalikkan, jadi, "YASA KUSA KAMAN SANI"..Ada paham kaluuu? 
Itu baru basic, ada lagi peraturan lain. Perlu diingat ya, bahawa perkataan yang diterbalikkan hanya untuk kata kerja, atau kata nama yang tiada imbuhan. Eyceh, macam cekgu BM kan? Kalau ada imbuhan, huruf tak perlu diterbalikkan disuku kata pertama itu. Contohnya kalau kita tulis , "MEMAKAN NASI" , dia akan jadi "MEKAMAN SANI", atau "BERLARI" akan jadi , "BER-RALI". Ingat, kita sentiasa tak mau kacau imbuhan ya..

Dan juga peraturan lain, jikalau sekiranya suku kata kedua ayat tersebut bermula dengan huruf vokal, huruf kedua suku kata pertama itu yang ditukargantikan dengan huruf pertama sukukata pertama. 
Contoh, : BU-ANG akan jadi U-BANG. Ayat, " Pergi buang sampah!" menjadi, "Gerpi Ubang Pamsah!" 

Contoh seterusnya, kalau permulaan perkataan ialah hurug "ng" , seperti ngadap, ngapdet, huruf pertama suku kata kedua itu akan digantikan dengan dua huruf "ng" di suku kata pertama itu yach. 
Contoh ayat: "Mari ngapdet blog" akan jadi, "Rami dapnget blog" 

Senang je, ok ? Ada soalan? 

Untuk kerja rumah latih tubi hari ini, sila translatekan ayat yang makincek tulis ni. Jawapan pertama yang betul akan menerima air stabak pilihan hati anda sendrik..huhuhu..

Ayatnya berbunyi begini: 

"Yasa memang dakte jeke ubat jerka murah ni. Pamheh tebul la. Nyabak jeke aku nak ubat radi ubat denme denme liga ni. Roang remeng je yang gangsup kiut kacap yasa nih. Paktelah, nanti padat lebanja tesabak...ekekekeke" 

Sekian.
Info : Blogger
FB@SiniLaken

KAMUS JOHOR

KAMUS JOHOR

BAHASA orang Johor tidak banyak loghat yang sukar difahami. Ini kerana bahasa dari kebangsaan Johor-Riau ni lebih kurang dengan Bahasa Malaysia. Bahasa yang biasa di gunakan di TV. Tapi ek,

Tapi ada juga loghat daerah yang lebih halus lagi seperti dari daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Sg Rengit, Kuala Sedili yang mempunyai loghatnya tersendiri. Ini tidak termasuk darei loghat dari bangsa seperti Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya

Air Tawo – Air Tawar
Anu - sesuatu
Apesal - Apa Pasal
Bak - bawa
Bandor – Bandar
Belajor – belajar
Besor – Besar
Bobos - bocor
Buboh - letak

Bopeng - Segan
Cador – cadar
Calor – calar
Cenonet - kecik

Dedor - Tak Sihat
Engko – Engkau
Esbok – Peti Sejuk
Endut - gelpren / awek
Epok-Epok - Karipap (inti sardin + kentang)
Gambor – Gambar
Gebor – selimut
Gobok – Almari

Gembeng - kuat nangis
Hangen – angin
Hantor – hantar

Jajan – Makanan Ringan
Jerang - masak air/nasi
Jotos - sekel
Kang - nanti
Kejor – Kejar
Kelakor - Kelakar
Kolah - tempat simpan air
korang - engkau orang
Kosi – kerusi

Kaus - katil
Kopok - Keropok

Kapok - Padan muka
Katup - Tutup

kudut - Kecik
Keding - kurus
Kendian - Kemudian

Ketengek - malu
Lantak - hentam keromo
Lapor – Lapar
Lawo – cantik
Leceh - lambat

Lece - Tilam
Longgo - Longgar
Muor – Muar

Membokoh - melahap / gelojoh
Menyasor - Mencari
Menjajor - huru hara
Menjejes - Mengiur

Men - Main
Ngeteh – Minum air di kedai
Nonong - tanpa memperdulikan apa-apa pun
Nengok - Tengok

Nyando - Sandar
Ngongot - Merungut
Pasor – pasar
Pepah - hentak
Peel - Perangai
Pasor Lambak – Pasar Malam
Pestol – pistol
Roti Prata - Roti Canai

Rambah - Basah lencun
Sarap - Sarapan
Sigong - Menyiku
Segor – segar
Selipor – selipar

Sebok - Sibuk
Saing - Bersama / serentak
Sogame – Sekolah agama
Sokkabor – Surat Khabar
Selongkor - Selongkar
Sandor - Sandar

Semangka - Tembikai
Sekel - sama dengan 'jotos'
Semorang - semua orang
Tampor – tampar
Terpeleot - terseliuh
Tikor – tikar
Tombot - pelupusan sampah
Tualo - tuala
Telap - Bekas Makanan

Tak Aci - tak Adil


Ada lagi, sila tambah2. . .hehehehehhe
FB@SiniLaken

Sunday, July 14, 2013

Pantun Johor DT


Jaga gawang penuh cabaran
Tugas berat Zamir Selamat
Kental hati terima dugaan
Al-Hafiz sedia jadi penyelamat

Budak botak dari kempas
Tugas kapten bawa semangat
Kamarul Afiq berhempas pulas
Moga julang piala dan pingat

Rambut style pakai blyckrim
Nombor lapan posisi tengah
Memang dia Safiq Rahim
Kadang rambut belah tengah

Perut kembung penuh isi
Makan sebelum ke stadium Paroi
Penyerang hebat Johor dt
Itu dia Nunez Si Boroi

Datang Johor nama Wak Lan
Turun padang bukan poyo
Bakti sungguh menentang lawan
Jersi sembilan milik Mat Yo

Main bola cedera di kaki
Pergi hospital naik teksi
Awek nampak pasti berlari
Adil dan Zaquan kembar Sensasi

Pakai Jersi nombor sepulo
Dari Brazil netap di Johor
Gelaran dia Andrezinho
Impian bawa Johor mashur

Duta motor memang ranggi
Bawak awek pergi sedili
Sepak bola bersepai gigi
Jangan tanya safee sali

Piala Malaysia impian kami
Legenda 1991 masih di ingati
TMJ kebanggaan kami
Guiza dan Nero tetap di hati

Nukilanku ® aHmaD
1.20 a.m

Pantun Johor FA


Pantun versi Johor FA
Penjaga gawang tinggi lampai
Garang dipadang, hati berbunga
Nombor satu moga dicapai
Sasi Kumar tetap dibangga

Muhd. shaizil nombor tiga belas
Pertahanan kental untuk johor
Kerja keras bahu digalas
Terus berbakti demi johor

Masuk padang cari rezeki
Posisi tengah jati diri
Johor FA megah bakti
Rashid Aya nama diberi

Boy Khairul nama di pesbuk
Kapten pasukan caranya kawan
Musuh di lawan tidak bertumbuk
Pantang menyerah sebelum lawan

Pemain import Amerika Latin
Cakap melayu sopan sebutnya
Orlando memang hensem maskulin
Sekali serang lawan gol jawabnya

Jagoan muda dapat khidmat
Nakal di padang itu caranya 
Ezequiel Gallegos nama tersemat
Suka beraksi gaya solonya

Muhd. shaizil nombor tiga belas
Pertahanan kental untuk johor
Kerja keras bahu digalas
Terus berbakti demi johor

Jurulatih Johor diberi tugas
Azmi Mohamad serius orangnya
Teknik serang dan lari pantas
Moga juara pasukan kesayangannya

Nukilanku®aHmaD
@SiniLaken