Madah Berhelah. . .


"Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil, dengan melihat sinar mata seseorang,kita boleh mengetahui isi hatinya,mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya...."

"Manis jangan disangka gula,pahit pula jangan disangka hempedu,pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu, Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya penyelidikan, Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat."

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat

Ada ketikanya kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan ada ketikanya kita perlu bergembira bagi setitis air mata!!

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu