Wednesday, May 16, 2012

PALESTIN.2u






Simbolik Avatar "Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike"

Sekarang ni di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar "Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike" sebagai tanda sokongan terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel. Dan ada orang yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak kurang ada jugak yang memperlekehkannya.

Sebelum ini, adakah anda ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa.. Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu. It's called awareness!

Simbolik Penukaran Default Picture (DP)

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.

3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Mogok lapar terbesar dalam sejarah.

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.


Disebabkan rakyat Malaysia kreatif, ada beberapa animasi gambar hasil kreativiti mereka ni, antaranya . . . .



No comments:

Post a Comment