Saturday, August 25, 2012

Mitos - Pantang Larang Orang Melayu



Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Pantang larang

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
: Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
: Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
: Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
: Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
: Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan

Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
: Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
: Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
: Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
: (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan

Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis
: Ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran

Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
: Untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

Jangan makan berlunjur...
: Sebabnya zaman dulu2 makan bersila, nasi dan lauk di tengah2, kalau semua berlunjur nak ambil nasi dengan lauk kan dah susah.

Lepas makan letak air di pinggan, mudahan rezki datanng.
: Ini bertujuan supaya nanti senang nak basuh pingan.

Tak baik duduk di muka pintu, nanti tiada orang nak masuk minang...
: Bertujuan supaya tidak menghalang orang keluar masuk.

Jangan potong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
: Sebenarnya sebab zaman dulu pakai pelita, mana nampak,takut tersepit isi kuku, dah meraung malam kang..Ɨƚɑ"̮ Ɨƚɑ"̮ Ɨƚɑ"̮

Tak baik makan guna pisau (biase nye lepas potong buah mangga ke pelam ke) takut nanti sumbing..
: Tujuannya supaya nanti bibir tak luka terkena pisau

Tumbuk lada di waktu malam, memanggil sesuatu makhluk yang tidak diundang datang umah.
: Sebab bising ,orang nak tido..

Jangan tunjuk pelangi, nanti tangan kudong
: Bila asik tunjuk pelangi nanti khayal kayuh basikal masuk parit

 Jangan makan sambil mendagu, nanti belajar tak msuk otak..
: Agar makan senang nak kunyah..

Bile ribut petir tutup cermin (biase cermin muke) dengan kain
: Petir akan sambar objek yang kilat dan besi

Jangan sebut gajah, harimau atau nama haiwan gannas dalam hutan nanti dia muncul..
: Kena panggil gajah tu orang kuat dan harimau tu pak belang..

Jangan lalu depan orang tengah solat, nanti dia ambil berkat kita
: Supaya kita tak ganggu fokus dia ketika solat

#logik_relevan
-als2u

No comments:

Post a Comment