Sunday, September 23, 2012
Tarikan Permainan Dan Kemudahan Di Legoland, Johor
Apakah Tarikan Permainan Dan Kemudahan Di Legoland, Johor ?
Pelbagai tarikan menarik dapat kongsikan kepada anda di Legoland, Johor ini. Ini merupakan salah satu tarikan pelancongan terbaru di Malaysia dan anda semestinya kene pergi untuk merasai keseronokan itu bersama keluarga anda. Kini saya berkongsi pula apakah yang ada di taman tema, panggung wayang, Istana dan lokasi taman permainan kanak-kanak di Legoland ini.
Mungkin sebelum itu, anda perlu ikuti beberapa nasihat dari saya jika anda ke sini, pertama anda dinasihatkan untuk memakai topi ataupun membawa payung kerana cuaca disini terlalu panas dan sangat bahang. Kawasan terbuka yang tidak berbumbung terlalu banyak di Legoland ini dan ini tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu, anda dinasihatkan mengambil pakej sekali dengan penginapan sekitar Nusajaya kerana itu lebih jimat berbanding anda hanya membeli tiket masuk. Jika anda membeli tiket tahunan, itu adalah lebih sesuai untuk warga johor dan singapura kerana mereka dekat untuk ke sana.
selain dariapda Miniland ataupun taman tema lego, Legoland juga mempunyai taman tema tersendiri. Legoland mempunyai 3 buah Roller Coaster dan kesemuanya disediakan dalam keadaan yang bersesuaian dan selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Project X Ianya membuatkan anda teruja seketika. Selain itu, anda juga perlu menaiki Lorry Coaster The Dragon iaitu berada di sekitar kawasan istana di dalam Legoland ini. Dengan ketinggian setinggi 50 meter pastinya ia memberikan perasaan takut kepada anda akan berasa gemuruh ketika menaiki The Dragon ini.
Terdapat lebih 40 buah permainan taman tema untuk anda cuba dan di antaranya adalah seperti Wave Racers dan water splash. Anda juga dinasihatkan untuk membawa pakaian lebih kerana anda pasti basah kuyup ketika bermain permainan ini.
Bagi wayang 4D pula, antara cerita yang bakal ditayangkan disini adalah seperti “SpellBreaker” , “Clutch Powers” & “Lego Racers”. Tayangan selama 30 minit sekali itu mampu memuatkan pawagam tersebut sehingga 500 orang di dalam satu masa.
Jika anda risau mengenai makanan di LEGOLAND ini, pastinya ia tidak bagi anda ! kerana Legoland menyediakan pelbagai gerai makanan yang halal dan mengikut selera anda. Namun, kebanyakan makanan lebih antarabangsa dan harganya juga agak sedikit mahal. Terdapat 7 buah kedai makanan disini yang terdiri daripada Cafe, Robot Kitchen, Knights Feast, Pizza Mania, Jungle Cafe, Snack Bar dan Market Restaurant.
Bagi yang mengemarkan shopping pula, anda boleh membeli cenderamata Legoland di The BIG shop, Mini Market, The Brick Shop, Kings Market, dan Adeventurers Depot. Selain daripada Cenderamata, anda juga boleh membeli lego dan permainan yang lain untuk anak-anak anda. Selain daripada itu, terdapat kemudahan awam seperti tandas, ruangan merokok, dua buah surau, ruang menukar lampin bayi, dan pelbagai lagi. Anda juga akan dimaklumkan secara terus jika berlakunya kecemasan ataupun hujan turun di dalam Legoland.
Anda juga berpeluang untuk mengambil banyak gambar disini. Jika anda tiada kamera ataupun rakan untuk mengambil gambar, anda boleh menyuruh staff Legoland sendiri untuk mengambil gambar anda dan mereka juga menyediakan perkhidmatan photographer. Pastinya anda tahu bahawa Legoland Malaysia ini merupakan legoland pertama di Asia.
Aktiviti keluarga dan kanak-kanak juga diutamakan disini dengan penyediaan keretapi akan membawa anda pusing-pusing disekitar Legoland ini. Dengan mengambil masa 10 minit, anda dapat melihat permandangan Miniland dan permandangan cantik yang lain. Selain itu, terdapat taman tema air untuk anda bawa keluarga anda mandi disana. Namun taman tema air itu hanya akan dibuka pada awal 2013 nanti. Manakala Hotel Legoland akan siap 2014 akan datang.
Begitulah sedikit info dan pengalaman menarik di Legoland Malaysia.
Tentang Legoland Malaysia
TENTANG LEGOLAND MALAYSIA.
ramai yg komplen cakap tiket nak masuk Legoland sangat mahal. Ya! Saya sendiri akui tentang perkara ini. Tetapi tahukah anda bahawa pihak Legoland tidak memaksa anda utk pergi ke sana? Jika tak mampu, bawalah keluarga anda ke tempat yg lebih murah seperti 'fun fair' yg sering berpindah randah tu. Ataupun beli lego tiruan di kedai 2 Ringgit kemudian main bersama keluara di rumah. Kita sendiri tahu bahawa set Lego yg original pun sangat mahal, betul tak?
Der & ladies,
Tahukah anda bahawa orang seberang tambak sangat berbangga dengan Universal Studio yg mereka ada? (juga merupakan taman tema antarabangsa). Akhir-akhir ini, mereka sibuk mengiklankan Universal Studio tersebut kerana takut ramai yg beralih arah ke Legoland kita? Mengapa pula ada di antara kita yg menyatakan hasrat ingin memboikot taman tema seperti ini? Mengapa dari dulu tidak memboikot sahaja Genting Highland yg anak syarikatnya mempunyai pusat perjudian?
Wahai der & ladies,
Tahukah anda bahawa sumber ekonomi negara semakin kukuh dengan adanya benda alah ini? Tahukah anda bahawa negara boleh melangkah jauh setapak di persada dunia? Tahukah anda apa yg anda nk komen nnti?
Akhir sekali der & ladies,
Tahukah bahawa orang asing lebih mengenali Malaysia? Tahukah anda Legoland di siapkan dalam masa 5 tahun? Tahukah anda bahawa sejak Iskandar Malaysia ditubuhkan pada 2006, sebanyak 20,000 pekerjaan disediakan dan menjelang 2025, kira-kira 1.4 juta peluang pekerjaan akan ditawarkan? Tahukah anda di Legoland Malaysia, kira-kira 1,000 peluang pekerjaan diwujudkan? Ianya terdiri daripada tenaga mahir serta profesional dari rakyat tempatan sendiri? Tahukah anda peluang pekerjaan utk rakyat tempatan itu juga di jangka akan lebih bertambah berikutan akan adanya hotel Legoland pada tahun 2014? Kenapa tak bantah dari dulu lagi? Tahukah anda saya dah penat nak menaip?
Dan tahukah anda walaupun saya taip panjang2, pihak Legoland tetap tak bagi saya masuk percuma? Tapi dalam warkah ini, saya berharap agar pihak berkaitan perlu melaksanakan apa saja yang perlu bagi memastikan hak rakyat negeri tetap terbela kerana ekonomi berkenaan perlu dikongsi bersama dan bukannya dimonopoli pihak tertentu saja.
Maksudnya, berilah diskaun utk insan yg memegang kad pengenalan MALAYSIA!
Sekian, TK
Ehsan Nukilan - APiz
Wednesday, September 19, 2012
HARGA TIKET LEGOLAND MALAYSIA®
Harga tiket Taman Tema Legoland Nusajaya ialah :
1-Day Ticket Dewasa (12-59) : RM 140
1-Day Ticket Kanak-kanak (3-11) : RM 110
*Online Booking ( 7 day advance )
1-Day Ticket Dewasa (12-59) : RM 105
1-Day Ticket Kanak-kanak (3-11) : RM 75
Annual Pass Ticket Dewasa : RM 275
Annual Pass Ticket Kanak-kanak / warga emas : RM 210
Thursday, September 6, 2012
Fakta Menarik Legoland Malaysia
9 Fakta Menarik Legoland Malaysia. Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya akan dibuka sepenuhnya kepada umum pada 15 September nanti
Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang taman tema ini.
1. Sebuah taman tema yang dibina berdasarkan rangkaian permainan binaan Lego yang terkenal.
2. Merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan pertama di benua Asia.
Terletak di Nusajaya, Iskandar Malaysia
3. Dibangunkan oleh Themed Attractions and Resorts dan Iskandar Investment bernilai RM 720 juta
4. Mempunyai 7 kawasan bertema iaitu The Beginning, Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City dan Lego Technic.
5. Terdapat lebih 3,500 tempat letak kereta disediakan
6. Meliputi kawasan seluas 70 ekar ( 280,000 meter persegi )
7. Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.
8. Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.
9. Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.
Pas masuk tahunan boleh didapati secara online melalui laman web mereka di www.legoland.com.my dengan potongan 30% iaitu RM245 untuk dewasa, RM 180 untuk kanak kanak bawah 11 tahun. Manakala harga tiket untuk satu hari ialah RM140 untuk dewasa, RM110 untuk kanak kanak dan warga emas.
-ALS2u
Thursday, August 30, 2012
Legoland Theme Park : Annual Pass
Harga tiket Taman Tema Legoland Nusajaya ialah :
1-Day Ticket Dewasa (12-59) : RM 140
1-Day Ticket Kanak-kanak (3-11) : RM 110
Annual Pass Ticket Dewasa : RM 245 (Harga Promosi) [ RM 275 ]
Annual Pass Ticket Kanak-kanak : RM 180 (Harga Promosi) [ RM 210 ]
Subscribe to:
Posts (Atom)































